Ahad, 26 April 2009

KELAS JAHITAN TUDUNG 17 MEI 2009



Hai semua, jangan lupa mendaftar di kelas yang akan datang. Insya Allah mohon pada Allah moga-moga kelas akan datang berjalan lancar. Mana la tahu di musim-musim panas ni macam-macam perkara boleh berlaku kan?

Oh ya, yuran kelas dinaikkan kerana RM80 ialah harga promosi bagi kelas pertama tahun 2009. Tapi jangan bimbang, apa yang anda akan pelajari pasti berbaloi dengan bayaran yang dikenakan. Dapat dua tudung free lagi you..

So cepat-cepatlah mendaftar ya, Kalau lambat nanti rugi. Kalau berminat sila la cepat-cepat hubungi Ayudilla di no 012 7485156 atau 0122833593. Tempat terhad pada 10 peserta sahaja.

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum, Ayudilla... harap tak keberatan membenarkan saya untuk maklumkan para peminat beading/sulaman di sini bahawa Pn Rosita Jaafar, penulis serta pendidik beading/sulaman telah menubuhkan sebuah Beaders Fan Club supaya kita dapat mengumpulkan para peminat beading di seluruh Malaysia. Seperti yang ramai ketahui, Pn Rosita telah menulis beberapa buah buku mengenai beading serta sulaman yang menjadi sumber rujukan utama ramai peminat beading. Dengan ini, para peminat bukan sahaja dapat dimaklumkan mengenai buku-buku terbaru beliau malah juga bengkel-bengkel yang akan diadakan oleh beaders yang turut bergerak sendiri, seperti kebanyakan anak-anak didiknya. Dengan kata lain, kita semua dapat berkongsi maklumat serta dapat mengetahui aktiviti-aktiviti terbaru beaders di negara kita. Banyak lagi perancangan Pn Rosita nanti yang akan dapat memberi manfaat kepada para penggemar beading.

    Jadi, marilah kita sama-sama mendaftar bersama admin@ftimdc.com. Ayudilla dan para peminat semua dijemput ke FTIMdc untuk maklumat lanjut. TQ :->

    BalasPadam