Ahad, 26 April 2009

Maaf lama tak update

Maaf la atas faktor kesihatan kelas 12 April tempohari terpaksa ditangguhkan atas faktor kesihatan seorang tenaga pengajar kami. Wawa di tahan wad selama 4 hari kerana di suspek mengalami ectropic pregnancy. Alhamdulillah semuanya selamat. Walaubagaimanapun kelas terpaksa dibahagikan kepada 2 minggu kerana atas permintaan pelajar dan kesesuaian masa.

Kelas diadakan pada 18 April dan 25 April berjalan lancar. Semua pelajar datang dan pulang dalam keadaan ceria. Kelas dimulakan pada sekitar 10 pagi dan tamat pada pukul 2 petang. Menu yang di sediakan adalah seperti nasi lemak dan kuih-muih untuk sarapan manakala untuk makan tengahari pula kami menyediakan nasi ayam. Memang enak..

Ini ialah antara komen para pelajar yang mengikuti kelas Jahitan Ayudilla tempohari:

Date: Wed, 1 Apr 2009 02:44:16 -0800 Subject: Re: Kelas Jahitan Tudung From: rozza@live.it To: ayu.dilla@gmail.com

Hi Ayu happy sangat semlm dpt siapkan tudung, really worth it blajar ngn u.. hari ni I pakai g office, cari baju yg matching... i ader attached skali. pas2 i pon dh link dlm blog i skali.. kalo u free, surf lahh.. http://dlittlekitchen.blogspot.com Thank you again.


Okay semua, jumpa lagi di kelas akan datang. Kepada yang belum mendaftar tu, cepat cepat mendaftar ya. Salam sayang dari Ayudilla

Tiada ulasan:

Catat Ulasan