Ahad, 26 April 2009

KELAS JAHITAN TUDUNG 17 MEI 2009



Hai semua, jangan lupa mendaftar di kelas yang akan datang. Insya Allah mohon pada Allah moga-moga kelas akan datang berjalan lancar. Mana la tahu di musim-musim panas ni macam-macam perkara boleh berlaku kan?

Oh ya, yuran kelas dinaikkan kerana RM80 ialah harga promosi bagi kelas pertama tahun 2009. Tapi jangan bimbang, apa yang anda akan pelajari pasti berbaloi dengan bayaran yang dikenakan. Dapat dua tudung free lagi you..

So cepat-cepatlah mendaftar ya, Kalau lambat nanti rugi. Kalau berminat sila la cepat-cepat hubungi Ayudilla di no 012 7485156 atau 0122833593. Tempat terhad pada 10 peserta sahaja.

Maaf lama tak update

Maaf la atas faktor kesihatan kelas 12 April tempohari terpaksa ditangguhkan atas faktor kesihatan seorang tenaga pengajar kami. Wawa di tahan wad selama 4 hari kerana di suspek mengalami ectropic pregnancy. Alhamdulillah semuanya selamat. Walaubagaimanapun kelas terpaksa dibahagikan kepada 2 minggu kerana atas permintaan pelajar dan kesesuaian masa.

Kelas diadakan pada 18 April dan 25 April berjalan lancar. Semua pelajar datang dan pulang dalam keadaan ceria. Kelas dimulakan pada sekitar 10 pagi dan tamat pada pukul 2 petang. Menu yang di sediakan adalah seperti nasi lemak dan kuih-muih untuk sarapan manakala untuk makan tengahari pula kami menyediakan nasi ayam. Memang enak..

Ini ialah antara komen para pelajar yang mengikuti kelas Jahitan Ayudilla tempohari:

Date: Wed, 1 Apr 2009 02:44:16 -0800 Subject: Re: Kelas Jahitan Tudung From: rozza@live.it To: ayu.dilla@gmail.com

Hi Ayu happy sangat semlm dpt siapkan tudung, really worth it blajar ngn u.. hari ni I pakai g office, cari baju yg matching... i ader attached skali. pas2 i pon dh link dlm blog i skali.. kalo u free, surf lahh.. http://dlittlekitchen.blogspot.com Thank you again.


Okay semua, jumpa lagi di kelas akan datang. Kepada yang belum mendaftar tu, cepat cepat mendaftar ya. Salam sayang dari Ayudilla

Rabu, 25 Mac 2009

Koleksi Ayudilla March 2009

Ini antara koleksi Ayudilla untuk March 2009. Kalau berminat boleh hubungi kami untuk perbincangan mengenai harga. Jangan malu jangan segan ya..


Koleksi 1

Koleksi 2

Koleksi 3

Koleksi 4

Koleksi 5

Koleksi 6

Koleksi7


Koleksi 8

Koleksi 9

Koleksi 10

Selasa, 24 Mac 2009

Kelas Jahitan 12 April 2009

Hi semua. Ini Ayudilla ada sertakan flyer kelas jahitan pada 12 April ni. Jangan lupa jadi kumpulan pelajar pertama kami di tahun 2009.

Untuk kelas pertama kami ni, Ayudilla bagi special diskaun. RM 80 ringgit tau. Tak dapat di mana-mana kelas. Apa? mahal sangat? Ok, ni Ayudilla nak explain. Para pelajar hanya perlu bawak badan je datang ke kelas Ayudilla ni kerana semua peralatan akan kami sediakan. Lepas itu dapat dua tudung lagi yang siap di jahit. Bab makan jangan risau, kami sediakan segala-galanya. Tapi kalau tak sedap jangan komplen, kami sentiasa akan sediakan yang terbaik.

Jadi apa tunggu lagi? Kalau lambat nanti rugi. Kalau berminat sila la cepat-cepat hubungi Ayudilla di no 012 7485156 atau 0122833593. Tempat terhad pada 10 peserta sahaja.


Cara Menyertai Kelas Jahitan Tudung Ayudilla

Untuk yang berminat nak belajar kelas jahitan, Ayudilla nak tunjukkan cara-caranya,
  1. Request kelas yang anda inginkan dan hubungi kami di 0127485126 (Wawa) 0122833593 (Ayu) atau email ayu.dilla@gmail.com.
  2. Bank in pembayaran ke no acc. 151034584938 (MAYBANK tau) under NUR FADELA WAHEEDA dan email bukti pembayaran ke ayu.dilla@gmail.com.
  3. Bagi yang membayar melalui ATM, sila hubungi kami selepas pembayaran di buat dan sila beritahu masa dan tarikh pembayaran dibuat seperti yang tertera di slip bayaran.
  4. Pembayaran paling lambat 2 hari sebelum kelas dimulai.
  5. Hanya yang sudah membayar wang kelas ,yang akan di listkan namanya. semua peralatan kit jahitan akan dibekalkan dan makan minum jangan risau, Ayudilla sediakan.
  6. Peserta akan membawa pulang dua tudung yang telah siap dijahit sendiri dan hadiah misteri.

Isnin, 23 Mac 2009

Di mana kelas Ayudilla?

Mesti ramai tanya di mana lokasi kelas Ayudilla ni kan? So di sini Ayudilla sertakan peta lokasi kelas jahitan tudung nanti. Lokasi sangat mudah untuk di cari. Mesti tak sesat.

Alamat kelas Ayudilla ialah di:

No 37 Jalan PUJ 7/18 Taman Puncak Jalil
Bandar Putra Permai
43300 Seri Kembangan
Selangor

Di sini Ayudilla ada sediakan peta,



Yang ada tanda polkadot purple tu la lokasi kelas Ayudilla ni. Mesti senang cari kan??? Kalau kecik sangat sila ke sini.

Selamat datang ke blog Koleksi Ayudilla

Selamat datang ke blog Koleksi Ayudilla.

Blog kami menganjurkan kelas menjahit tudung bagi mereka yang berkeinginan untuk belajar dan ingin mencari pendapatan sampingan. maklumlah di zaman gawat ni kan dik non..

Kami pasti penampilan akan menjadi semakin menarik jika menggayakan rekaan tudung hasil kerja tangan sendiri. Pasti bangga kalau dipuji kan.Kami juga ingin berkongsi ilmu. Bak kata pepatah "Ilmu semakin dicanang semakin berkilat, Ilmu yang baik akan menambahkan pahala"

Jadi kami akan mengupdate jadual kelas dari masa ke semasa. Sentiasa mengunjungi blog Koleksi Ayudilla ye.